YUSUF AL-QARADHAWI DAN KEBANGKITAN RAKYAT

Pengarang: 

DR. YUSUF AL-QARADHAWI

Penerbit: 

MAKTABAH WAHBAH

Tahun Terbit: 

2012

Daerah/Wilayah: 
Lain-Lain
Rak: 

BSL - 922 (920-929)

ISSN/ISBN: 

978-967-9401-21-9

Jumlah Halaman: 
270

Buku ini menghimpunkan pemikiran, pendirian, kenyataan, khutbah dan fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi, sekitar Revolusi Besar Pemuda Mesir dalam menuntut kebebasan, yang menjadikan Dataran Tahrir Kaherah dan beberapa lapangan lain di seluruh Mesir sebagai medannya, yang mendapat kejayaan pada 11 Februari 2011. Buku ini mengisahkan perjalanan seluruh proses rakyat di Mesir. Menerusi karya-karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi, beliau telah membuktikan ketokohan intelektual di samping komited untuk sama-sama memahami kemelut dan pergolakan yang melingkari setiap ruang lingkup kehidupan umat Islam kontemporari ini. Menerusi "Yusuf al-Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat", ia telah menzahirkan thiqah serta kepercayaan umat kepadanya terpelihara apabila beliau mampu mengaitkan ataupun mengulas fenomena yang berlaku secara realistik serta ketegasan beliau mempertahankan kebenaran walaupun ketika berhadapan dengan tekanan dari kuasa Barat mahupun boneka di Asia Barat.