SYAIR PERLEMBAGAAN NEGERI BRUNEI

Pengarang: 

MUDA OMAR 'ALI SAIFUDDIEN

Penerbit: 

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI

Tahun Terbit: 

2006

Daerah/Wilayah: 
Lain-Lain
Rak: 

SAS - 899 (890 - 899)

ISSN/ISBN: 

99917-0-132-x

Jumlah Halaman: 
100

 

Syair Perlembagaan Negeri Brunei karangan Muda Omar ’Ali Saifuddien dalam edisi Jawi selain memaparkan rakaman peristiwa penting di perundingan penubuhan Perlembagaan Negeri Brunei juga mengandung unsur-unsur nasihat kepada ’pakulun baginda’ dalam memimpin rakyat dan mentadbir negara. Melihat Syair ini bukan sahaja sebagai rincik karya sastera, tetapi sebagai dokumen ataupun artifak penting. Keunggulannya sebagai sebuah karya sastera semakin ketara dengan adanya beberapa unsur diantaranya isinya yang menjurus kepada pandangan tajam seorang putera diraja yang bercita-cita tinggi dan dapat menyelami hati nurani rakyatnya, unsur nasihat penuh dengan tamsil dan ibarat yang diasaskan kepada pengalaman dan kewibawaan daya kepemimpinan.