SYAIR ASLI RAJANG HARI

Pengarang: 

MUDA OMAR 'ALI SAIFUDDIEN

Penerbit: 

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI

Tahun Terbit: 

1994

Daerah/Wilayah: 
Lain-Lain
Rak: 

SAS - 899 (890 - 899)

ISSN/ISBN: 

-

Jumlah Halaman: 
78

 

 

Syair pernah memainkan peranan penting sebagai bahan hiburan dalam istana di kalangan raja Melayu. Ia merupakan genre sastera yang populer dan dominan pengaruhnya dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Dan di bumi Darussalam ini ia juga tidak terkecuali. Walaupun nisbah penduduk dan saiz Negara Brunei Darussalam ini Cuma sejamput tetapi ia tetap kaya dengan khazanah sastera berupa syair seperti Syair Awang Semaun, Syair Si Mercu Gunung dan Syair Rajang. Era peralihan atau pemula kehidupan Brunei Moden sebetulnya terekam dalam Syair Rakis; panorama ini diperlengkapkan lgi oleh syair – syair dedaktik, nasihat dan pengajaran melalui karya Muda Omar ’Ali Saifuddien yang memaparkan kehidupan masa kini dan wawasan kehidupan masa depan.