KOLEKSI TERPILIH SASTRAWAN NEGARA SHAHNON AHMAD

Pengarang: 

MOHD. YUSOF HASAN

Penerbit: 

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Tahun Terbit: 

1995

Daerah/Wilayah: 
Lain-Lain
Rak: 

BSL - 928 (920-929)

ISSN/ISBN: 

983-62-5102-2

Jumlah Halaman: 
451

Shahnon Ahmad dilahirkan pada tanggal 13 Januari 1933 di Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah Darulaman. Dengan mengambil pengalaman hidupnya sebagai kanak-kanak dikampung dan pengalaman hidup sebagai orang dewasa di kota besar, di dalam dan di luar negara, Shahnon Ahmad terus berkarya. Apa yang dialami dan dilihat, dicatatkan dalam tulisannya, malah dijadikan isu persoalan dan dihuraikan dengan panjang lebar dalam bentuk tulisan kreatif yang seterusnya mengundang renungan dan perbincangan. Pada awalnya, ia menulis tentang isi, tema dan perwatakan. Ini dapat dilihat dalam esei-eseinya " Memberi Isi kepada Sastera Moden " (1964) dan "Masalah Perwatakan dalam Cerpen (1967). Dari tahun 1954 sehingga kini, Shahnon Ahmad telah menghasilkan 18 cerpen terjemahan, 4 drama, 80 cerpen, dan 16 novel. Sebahagian besar cerpen terjemahan, drama dan cerpen asli Shahnon dikumpulkan dalam bentuk buku. Ia juga banyak menulis tentang tokoh-tokoh penyair Malaysia/Indonesia dan hasil karya mereka. Bidang kritikan fiksyen merupakan satu lagi tumpuan Shahnon. Tulisannya yang bukan tulisan bukan kreatif yang pada akhir tahun 70-an ialah Sastera Islam. Dan masih banyak lagi kumpulan tulisan bukan kreatif yang diciptakannya dan menyentuh berbagai aspek kehidupan masyarakat baik itu mengenai politik, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Dalam Koleksi Terpilih Sasterawan Negara Shahnon Ahmad ini dikemukakan beberapa esei Shahnon yang menyentuh aspek kesusasteraan dan hal-hal umum.