KESUSASTERAAN ARAB ZAMAN PERMULAAN ISLAM

Pengarang: 

OSMAN HAJI KHALID

Penerbit: 

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR

Tahun Terbit: 

1999

Daerah/Wilayah: 
Lain-Lain
Rak: 

SAS - 892.7 (890 - 899)

ISSN/ISBN: 

983-629-5099-9

Jumlah Halaman: 
345

 

Buku ini memaparkan tentang kedudukan serta perkembangan kesusasteraan Arab dalam tiga zaman utama, yaitu zaman jahiliah, zaman awal Islam dan zaman pemerintahan kerajaan Umaiyah. Kesusasteraan Arab pada zaman jahiliah terutamanya puisi, telah mencapai tahap kesempurnaan dan menjadi ikutan sasterawan selepasnya. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang paling besar dalam kehidupan masyarakat dalam bidang akidah, sosial dan akhlak, malah telah mewarnai kesusasteraannya. Kitab suci al-Qur’an dengan gaya bahasanya yang unggul dan murni serta ungkapan Hadith Rasulullah (saw) yang segar banyak mempengaruhi Bahasa dan Kesusteraan Arab. Zaman pemerintahan kerajaan Umaaaiyah telah meninggalkan corak yang tersendiri dalam kesusasteraan, dan muncullah tema-tema baru dalam puisi zaman ini.